untuk pertama kalinya aku berpeluang join PAC untuk jawatan Akauntan WA41 pada 16/12/2017 di SMPP18(1). So untuk rujukan kemudian hari, aku share skit apa isi kandung PAC utk rujukan masa hadapan..
Pendaftaran bermula pkl7.30.. Alhamdulillah urusetia buka byk kaunter dan asingkan lelaki dan wanita. Selesai je pendaftaran, dengar taklimat dari pkl8-8.30.. Habis je taklimat, peserta di bahagikan kepada beberapa kelas. Mula2 urusetia kata nak tampal ttp tiba2 ada masalah teknikal maka maklumat peserta mengikut kelas hanya diumumkan melalui mikrofon. Disebabkan aku pergi toilet, so nombor terlepas. Tepaksa tunggu sampai abes umum peserta bru aku pergi jumpa urusetia utk dptkn kelas mana.. Maka aku jadi org terakhir masuk kelas..
PAC dibahagikan kepada 4 sesi iaitu :
Sesi 1- Aktiviti kumpulan (bahasa melayu). Setiap kumpulan diberi 1 situasi ala ala puzzle dan perlu bekerjasama utk selesaikan. Time tu kumpulan kami dpt cerita bekaitan pasaraya permata dan suri rumah yang nak tebus baucar. So dlm tu ada beberapa kenyataan seperti suri rumah, nama suri rumah, brg yg ditebus, lokasi penyimpanan brg yg ditebus. So korang kena matching siapa suri rumah, brg yg ditebus dan lokasi penyimpana. Dlm aktiviti ni, pastikan smua terlibat ye..
Cth: suri rumah oren dan syiha mnebus hifi, kalila tidak mletakkan barang di bilik tidur, afifa dan suri rumah kuning menebus komputer dan rak buku.
Sesi 2- Aktiviti kumpulan (English). Sama mcm aktiviti 1 ttp dlm english. So pastikan perbualan utk setel masalah smua dlm english. Markah akan dikira berdasarkan penglibatan kita. Jgn ada yg tertinggal sbb markah berkumpulan. Kali ni kami diberi ttg masalah bank GAC. Sales manager dia nama Lucy. GAC bank ni bank ke3 terbesar tetapi sebab beberapa perkara sales drop then pekerja stress. So ada 3 soalan kena jawab dan present iaitu:
1. Adakah meeting yg lucy akan adakan boleh setel masalah? Jawapan yes or no
2. Apa strategy yang perlu disediakan utk setel masalah? Buat column problem n strategy
3. Terangkn proses utk tingkatkan produktiviti dan kuantiti?
Sesi 3- Perbahasan iaitu satu kumpulan sebagai pencadang dan pembangkang (5 org 1 team)
kumpulan asal aktiviti 1&2 dipecah 2 dan masuk ke kelas lain utk berdebat. Debat ala parlimen gitu. Ada 2 round. Round pertama masing2 akan beri hujah masing2 tanpa bole mencelah selama 3 minit seorang. So masa ni jgn kacau pihak lawan beri hujah. Boleh dgr dan catat je. Round 2 plak utk hujah balas. So stiap peserta diberi 4 minit utk hujah balas dan pihak lawan boleh minta izin utk mencelah. So masa ni klu pihak lawan mencelah dan kita dpt jawab, mmg dpt markah. Pastikan peserta terakhir menggulung tajuk dan tekankan samada menyokong atau membangkang tajuk.
Sesi 4- pengucapan awam (5 minit)
Sesi ni merupakan sesi terakhir atau 5 minit penentu masa depan. Setiap peserta perlu cabut tajuk sebelum rehat. Antara tajuk besar yg diberi iaitu perakaunan, kewangan, sejarah, kesihatan, TN50, hal ehwal semasa, pengurusan dan agama. So masing ada masa lebih kurang 1 jam setengah termasuk makan dan solat utk prepare isi yg sesuai. Masa ni aku dpt kewangan. Malas pening kepala, aku pilih untu cerita ttg perancangan kewangan. Disebbkan spontan, aku cerita ttg bagaimana merancang kewangan sendiri. Dh excited kt depan tahu2 masa nk abes. Dh la time tu aku volunteer jadi peserta lelaki pertama ke depan.. Sebab aku tahu, awal2 ni penilai n audience semangat nk dgr apa yg kita cakap. So sesi ni berlangsung dari 2.30 hingga 4.30. So tamatlah semua sesi utk PAC. InshaALLAH klu ada rezeki dptlah pergi interview plak. Klu xde rezeki, boleh cuba lg sbb mmg seronok PAC ni..
No comments:
Post a Comment